June 16, 2009
MY NEW MAYBANK ACCOUNT,.,, ;)
hehe...now aku dh ada akaun maybank.sng sket nk buat 'transaksi' dan sbgnya.hehe..gle skema, (transaksi).bukan ape...just memudahkan aku masuk kuar duit dgn lebih sng dan cepat.ni suma BSN punya pasal.xbuat cash deposit machine.kalau BSN ade machine tu xdela aku buat MAYBANK ni.isk3...tapi kesian la pulak kan dekat pekerja2 bank, kalau dah ada machine die nk buat ape.suma machine dh tlg buat...hu3...
June 15, 2009
kE MAna roNALdo, KAka?!
Siapa kata kebosanan akan menimpa apabila tamat musim bola sepak di Eropah? Walaupun semua juara telah dimahkotakan, kini tiba masanya untuk sesi pindah randah pemain. Dan yang membuat keadaan semakin hangat adalah gosip dan spekulasi yang hampir setiap hari akan pasti timbul.
Yang paling panas ketika ini sudah tentu kisah hala tuju pemain midfield sensasi AC Milan dari Brazil, Kaka. Dua, tiga hari ini, pelbagai berita yang bercanggah boleh dibaca berkenaan masa depan beliau. Sekejap, Kaka akan “pasti” ke Real Madrid. Kemudian, ke Chelsea pula.
Sebelum itu, anak emas Man U, Ronaldo, juga dikaitkan dengan Real Madrid. Katanya, beliau sudah bersedia berhijrah selepas memenangi pelbagai piala bersama Sir Alex Ferguson di Old Trafford.
Yuran perpindahan yang disebut untuk kedua-dua bintang ini pun bukannya sejemput. Real dikatakan sanggup membayar £65 juta untuk Kaka, dan £75 juta untuk Ronaldo. Chelsea sendiri diberitakan membuat tawaran balas £73.5 juta untuk Kaka. Semua ini dalam keadaan ekonomi dunia yang masih dalam kegawatan!
Sementara itu, Manchester City sudah mula ber”shopping” dengan membeli kapten Aston Villa, Gareth Barry dengan yuran perpindahan £12 juta. Carlos Tevez merupakan sasaran seterusnya, sementara nama Samuel Eto’o juga telah dikaitkan dengan skuad Mark Hughes itu.
Nama-nama besar lain yang disebut akan beraksi untuk pasukan lain musim depan termasuk Emmanuel Adebayor, Xabi Alonso, Franck Ribery, Pato, Diego Forlan dan Zlatan Ibrahamovic.
Yang pasti, sudah tentu peminat bolasepak dunia teruja dengan perkembangan ini. Perpindahan bintang-bintang ini pasti mengubah lanskap bolasepak Eropah musim depan dan menjanjikan aksi yang lebih menarik, serta pertarungan untuk piala-piala utama yang pasti sengit!!
P/s: Pada sesiapa yang ada maklumat pasal perpindahan randahan pemain2 bola sepak sila kongsi. Adios!